Sunday, September 19, 2010

.susah.

wuuu susah kan nak jaga hati semua org..

jaga di sini.. di sana tidak terjaga.. macam ala2 lagu Ukays tue.. "andai ku pilih di sana.. di sini akan berduka".. tapi motiffffffff aku tau lagu Ukays? ok kantoi.. dem!

so sempena hari baik bulan baik ini.. aku mintak maap la lagi sekali kepada sesiapa yg pernah terasa hati dgn aku.. ok maap k maap k?? k k k??

*kan dah kata.. aku akan mintak maap selama sebulan*

Monday, September 13, 2010

.raya.

hai kawan2..

wow! sudah sekian lama saya tidak menaip di dlm blog ini..

dan oleh sebab itu amatlah sesuai kiranya saya meminta maaf pada bulan ini..

kepada semua kawan2, musuh2, peminat2, penghutang2, pemiutang2, skandal2, drebar2 dan penumpang2 lrt aliran sri petaling terutamanya gadis2.. saya ingin mengucap... eh mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN! *echo*

maaf kerana tidak update blog.. maaf jika penulisan menganggu emosi.. maaf jika sakit hati membaca blog ini.. maaf jika terasa hati.. maaf kerana sakit perut akibat makan seperti tiada hari esok..

sekian~

Saturday, July 31, 2010

.burung.

hari ini saya ingin menceritakan tentang burung.. yaaa burung.. kepada sesiapa yg sudah berimejinasi luar daripada kotak.. maafkan saya.. cerita ini akan menghampakan anda..

pada suatu hari.. ketika saya sedang menunggu akan adindaku yg cantik rupawan.. masih terigtkah adinda.. ketika kita bercengkerama.. di bawah bulan purnama.. ok saya sudah lari topik... saya ulang lagi sekali ye..

pada suatu hari.. ketika saya sedang menunggu akan adinda saya.. saya melepak di sebuah kedai binatang peliharaan yg terletak betol2 dibawah ofis adinda saya...

di kedai tersebut menjual berbagai2 binatang peliharaan.. ok la yg saya nampak hanyalah burung, ikan, kucing, arnab, hamster dan naga night fury.. ok ok yg last skali tue saya tipu...

sebagai seorg yg sukakan kucing.. walaupon tahu akan hakikatnya bahawa hidung saya akan gatal selepas bermain kucing.. ahhh persetankan kegatalan itu.. maka dgn riak dan takbur nya... saya mengusap2 kucing di dlm sangkar di depan kedai tersebut.. hmm saya betolkan ayat la.. sedang saya menghulurkan jari ke dalam sangkar dan menggeletek kucing tersebut.. saya terdgr ada suara memanggil.. "hello..".. maka dgn sepantas kilat yg menyabung ketika hujan lebat dan menyebabkan banjir kilat di kuala lumpur dan sudah pasti akan menjadi trafik jem yg super hebat... saya menoleh ke kiri dan kanan.. akan tetapi.. tiada org pon..

oleh itu saya menyambung menggeletek kucing tersebut.. tiba2.. "helloooo!".. wohh! betol2 di atas kepala saya.. rupa2nya ade burung berbulu hitam dan berhighlight kuning di kepala yg berckp dgn saya.. maka saya balas.. "yooo wasap?!"..

burung itu menggeleng2kan kepala sambil memandang ke arah saya.. dan dia membuka mulut sekali lagi.. "ni hao maa?"

woi! sudah.. saya nak jawab ape ni? ketika saya sedang kusut memikirkan jawapan nya... adinda saya turun daripada ofis..

lantas saya mengucapkan bye2 kepada kucing dan burung tadi.. mungkin burung itu sangat bengang pada ketika ini kerana saya tidak menjawab soalannya tadi... sori ye burung...

Monday, July 26, 2010

.nekad.

ya! aku naked! eh nekad!

aku nekad dah nie.. walaupon mungkin akan dpt tentangan drpd sesetengah pihak.. tp aku dah tak kesah! aku nekad!!!

tunggu la nanti.. tunggu jeee.. tunggu bila aku ade duit lebeh...

mmg konpem aku nak beli volkswagen combi sebijik.. insyaAllah...

NEKAD! tp naked pon cam bes je.. hmmmm

Monday, July 19, 2010

.shy itu malu.

hari ini aku shy.. sebab aku shy adelah kerana aku ter'shy'kan diri sendiri..

ceritanya begini..

tersebutlah kisah.. di opis aku ini mempunyai kad akses yg perlu di'swipe' utk masuk dan keluar menggunakan 2 buah pintu yg telah disediakan.. sedang aku sebok dan pura2 sebok membuat kerja.. pundi aku telah memberi amaran yg agak cemas.. ibarat reverse sensor yg sangat nyaring sekiranya anda gostan dan hampir melanggar lembu jiran di sebelah rumah kampung beratap nipah itu.. ok panjang sgt penerangannya..

amaran ini adalah do or shy.. kerana... jika tidak diturutkan amaran ini.. ada kemungkinan yg aku akan berasa sakit ataupon berasa panas2 basah... tetapi.. aku perlu berjalan keluar dari opis utk ke destinasi.. ahh bagaimanaaa?!..

persoalannya.. adekah ini yg telah menyebabkan aku shy?

TIDAK!! kerana aku sempat bergegas ke destinasi yg sepatutnya untuk throw small water out.. yaaa masa ini aku tidak shy lagi..

tapi.. aku sangkakan hujan hingga ke ptg..

ketika bergegas pulang ke opis.. dgn pantasnya aku men'swipe' kad akses pada pintu opis...

*teeet*.. pintu tak bole bukak... aku *teeet* lagi.. pintu tak bole gak bukak... aku tak mengalah.. aku *teeet* lagi... pon tak boleh.. darah aku dah menyirap bandung..

sket lagi je aku nak tumbuk tpt swipe kad tue... lantas.. terpandang kad yg berwarna lain dlm genggaman aku...

terus sahaja aku memandang kiri kanan atas bawah depan belakang.. fuhhhh selamat takde org...

jadahnye ko nak swipe masuk opis ko pakai tiket LRT?!! bongok laaa ko nieehhhhhh!! *getus aku di dalam hati*.. sambil menahan gelak.. aku masuk ke opis dan sambung buat2 sebok... namun terlintas di fikiran aku.. adekah pak gad kat opis aku ni gelak guling2 tgk cctv ketika aku cuba masuk ke opis?.. hmmm

Tuesday, July 6, 2010

.choy!!.

post ini adelah kerana tahap kebengangan di tahap kuning.. yakni tahap perlu berjaga2...

ini adelah kerana si kiut ini baru memerasani akan kehilangan satu artwork yg sgt disayangi beliau.. iaitu artwork volkwagen combi berwarna hijau idaman hati si kiut sejak dari dahulu.. yg terpampang di sebelah kanan skrin monitor.. jika anda kurang jelas atau tidak memahaminya.. sila tutup window ini..

dan keadaan ini diselang-selikan dgn kerja yg super byk.. serta tidak dilupa... persiapan itu ini yg memakan masa dan juga kewangan.. kedua2 nya berada di tahap kuning..

kesimpulannya.. emosi si kiut berada di tahap kuning.. sila berjaga2 dan ambil langkah pencegahan yg sepatutnya.. sekian..

Tuesday, June 15, 2010

.hottiesheesh.

panas.. seperti goreng pisang panas yg manis dgn kerak yg super rangup..

nampak seperti indah bukan? tapi adelah tidak indah sekiranya panas di mlm hari ketika hendak tido..

adekah ini kesan daripada global warming? ataupon mmg bilik ini panas kerana menghadap matahari ptg? ataupon bilik ini panas kerana kemungkaran yg dilakukan oleh tuan bilik? ataupon kerana bilik ini tidak mempunyai aircond? ataupon.. eh brape byk kali ataupon laa..

terus kepada titik (stret to the point).. lately mmg super panas.. nak tido pon rasa tak selesa.. seperti ingin memakai tracksuit gelobos dan juga baju uniform rumah sukan ketika hari sukan sekolah dahulu.. kerana sudah pastinya akan berpeluh2 seperti merentas desa.. walaupon si penulis dan rakan2 akan berjalan sahaja.. sambil memetik buah2an di tepi jln..

kesimpulannya.. badan rasa penat.. mata sudah mengantok.. tetapi tidak boleh tido disebabkan kepanasan seperti cacing kepanasan tatkala sedang me'sun-tanned'kan bdn..

ok la.. perlu cuba utk pergi bersukan.. eh.. silap.. utk pergi tido.. oktengsbai

Thursday, May 27, 2010

.jalan-jalan.

hai...

wiken lepas.. saya pegi jalan2 beramai2.. saya naik satu kete dgn kawan2 saya ... saya menumpang la kirenye.. kete kawan saya bernama honda.. kami berjalan2 ke satu tempat yg agak jauh dari tempat kami menetap..

sebelom sampai ke destinasi yg dituju.. kami berhenti sebyk 2 kali di stesen minyak yg berlainan.. satu stesen minyak buatan tempatan.. satu lagi stesen minyak yg ada kulit kerang.. mungkin ada makcik yg membuka gerai dan berniaga kerang bakar di depan stesen minyak itu.. oh itu saya tidak pasti...

setelah melihat kulit kerang td lebeh kurang.. saya menge'lead' *ade ke perkataan ni?* jalan.. sepanjang perjalanan ini saya berasa seperti ada rama2 dan kupu2 berterbangan di dalam perut saya... saya cuba sembur ridsect.. tp saya takut nanti nyawa saya pula berterbangan bersama rama2 dan kupu2 tadi...

akhirnya sampai juga kami ke destinasi.. sampai sahaja ke tempat yg dituju.. lantas saya meng'signal' *perkataan ni pon ade ke tak ni? tibai la* kawan2 saya supaya mari kita cabut dan pergi makan ABC..

dan akhirnya kami makan ABC..

ringkasan dari cerita ini adalah.. saya pergi jalan2 beramai.. kemudian dekat dgn destinasi, saya jadi neves... pastu saya ok balik setelah pegi mkn ABC... and then saya rasa cam tak percaya.. after that.. saya pon balik... akhirnya.. sampai di rumah.. selepas itu saya penat dan tido.. esoknya bgn pagi.. masih lagi dalam keadaan tak percaya.. arakian maka tersebutlah kisah.. saya sudah bertukar status.. haih abis la saham jatuh pasni.. dah la tak tinggi saham saya nih.. haih lagi skali..

Tuesday, April 13, 2010

.eh?.

eh? sian dia terabai..

sori.. sgt bz lately.. dan internet selalu tidak menyebelahi aku.. onlen 10minit.. dc satu malam.. tengs strimik! hiks!

bila ada masa dan cerita lah baru update.. saje lepas gian nak menaip.. depres dan stres dgn kehidupan.. dan berharap ada night fury di sebelah utk bermanja dan mengadu domba bomba dan zomba.. huu

oktengsbai :D ngeee

Tuesday, February 9, 2010

.deprestasi.

sedang depres kerana otak tidak mampu menjana idea2 yg bijak utk pekerjaan..

mungkinkah perlu meninggalkan bidang pekerjaan ini dan menceburi bidang pekerjaan yang lain?

atau perlu basuh otak ini dengan klorox supaya bersih dan segar? tetapi tetap berisiko utk tidak mampu menjana idea..

adakah perlu berhenti kerja dan menjadi househusband sepenuh masa? idea ini amat bernas tetapi sanggupkah sang bini utk menyara kehidupan jejaka ini?

tolonglah otak.. jgn buat aku begini.. aku depres dan menjadi tidak keruan bila diperlakukan sebegini.. aku rasa ingin melarikan diri menuju ke horizon.. berlari sambil kaki dibelai pasir2 putih yg halus di tepi pantai.. dan ditemani lemak2 perut dan dada yg berlebihan..

aku sangat depress..... haih....

*depress tidak bagus utk kesihatan minda*

Saturday, February 6, 2010

.gegar.

yes lah! cukup sebulan tak apdet2.. muahaha

hari ni merupakan hari beriadah bersama rakan2 sekolah.. dan dpt dirumus di sini.. bahawa kebykan drpd kami telah berubah menjadi lebih 'hepi' dan 'taff'..

tp td macam ada satu misteri.. tatkala sedang berlari2 beriadah.. rasa seperti badan ditarik2 ke tanah.. rasa macam tarikan graviti agak kuat.. rasa seperti badan bergegar2...

aku menjadi panik.. kaget.. aku cuba berlagak kool.. tp tidaklah aku menyanyi2 dan menari seperti kumpulan KOOL.. bebass peribadiku... perhatikan lahh bebassss.. tingkahlaku kuuuu.. ok aku da stat nyanyi plak..

balik pada topik asal..

setelah bergegar2.. aku dpt rasakan baju basah dan melekat2 di badan.. aku rasa sejuk walaupon cuaca panas..

puas aku fikirkan kenapa...

dan akhirnya aku mendapat konklusi...

rupa2nya.. perut dan dada telah makin besar.. tidak dapat melawan tarikan graviti.. gegaran2 yg dirasai adalah kerana lemak2 menari2 di perut dan dada.. baju basah dan melekat di perut kerana perut telah memenangi pertandingan 'siapa ke depan dahulu' dgn lawannya adalah dada.. sejuk dan berangin kerana baju "hanging" kerana perut..

kesimpulannya.. perut makin ke depan.. tetapi... aku tetap maintain kiut and suwit.. hikss!

*ada sesiapa jual bengkung? huuu*

Tuesday, January 5, 2010

.yaa.

yaa.. tahu tak bagaimana perasaan nya kalo baru bgn dari tido sejak balik dari menyambut tahun baru yakni 4 hari lepas?

yaa.. setelah tido tanpa mengira waktu kerana kepenatan menyambut tahun baru sambil ditemani nyamuk2 yg telah bermutasi genetik2 nya.. hari ini aku isytiharkan bahawa aku telah sedar dan jaga setelah hampir 4hari hidup dalam mimpi..

yaa.. bermakna hari ini aku telah mula bekerja.. hari pertama bekerja utk tahun 2010.. segalanya bukan mimpi lagi.. mengapaa perlu kerja? kerana kerja baru ada duit.. dah ada duit.. baru bole berangan2..

yaa.. selamat merry hepi belated new year! dum cak dum cak dum cak

*malasnye nak keje*